Discussion

1. Anda dikehendaki mencipta satu pangkalan data untuk sistem perpustakaan di sekolah anda. Sebagai langkah pertama apakah fasa pembangunan sistem yang akan anda gunakan. Apakah ciri-ciri atau langkah-langkah yang ada dalam fasa ini?

2. Anda dikehendaki mencipta satu pangkalan data untuk sistem perpustakaan di sekolah anda.Setelah mengumpul semua maklumat, keperluan pengguna dan analisis masalah, apakah fasa pembangunan sistem yang akan anda gunakan untuk merancang rekabentuk sistem. Apakah rajah yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara data. 

3. Setelah  merekabentuk sistem perpustakaan,sebagai  pembangun sistem anda perlu menukar pelan teknikal dan pelan rekabentuk ke dalam program komputer. Apakah nama fasa tersebut?  Berikan contoh perisian yang  digunakan dalam fasa ini.

4. Setelah  melaksanakan rekabentuk sistem perpustakaan, apakah fasa yang akan anda gunakan untuk  memastikan kualiti pangkalan data, memastikan sistem berjalan dengan betul dan bebas ralat. Berikan contoh ujian yang perlu dilaksanakan. 

5. Dalam fasa ini anda perlu menjana bahan-bahan bertulis yang berkaitan dengan sistem perpustakaan yang telah anda bangunkan. Apakah nama fasa ini dan mengapakah fasa ini sangat penting dalam pembangunan sistem. Berikan contoh dokumen yang akan dihasilkan dalam fasa ini. 

6. Apakah nama fasa terakhir dalam fasa pembangunan sistem? Dalam fasa ini pembangun sistem boleh membuat perubahan atau meningkatkan prestasi sesebuah sistem. Berikan jenis-jenis  Penyelenggaraan dalam fasa ini.